Artikel Harian Metro | BIJI APRIKOT VS Kanser Payudara

Artikel Harian Metro | BIJI APRIKOT VS Kanser Payudara - Khasiat utama Miracle Apricot Seed adalah membantu mencegah & membantu merawat kanser. MAS B17 juga mengandungi pelbagai khasiat yang lain seperti merawat sakit sendi, senggugut, gout dan sebagainya.


ARTIKEL BIJI APRIKOT - HARIAN METRO - 1 APRIL 2014

BIJI APRIKOT VS Kanser Payudara 


“Kali pertama menerima perkhabaran doktor yang saya disahkan menghidap kanser payudara, ia ibarat gunung berapi yang baru saja meledakkan laharnya. Apa yang terbayang di fikiran ketika itu hanya kematian yang bakal menjemput. Saya terus menangis dan menangis terutama mengenangkan si kecil yang baru mencecah dua tahun manakala anak sulung berusia 13 tahun,” luah Zuraida Mohd Mohyeddin, 41, bekas pesakit kanser payudara yang kini menjalani hidup sihat dan bebas daripada penyakit itu.




Menyelami perasaan ibu mereka yang dalam keadaan tertekan dan sedih, anak sulung Zuraida, Muhammad Afiq Aiman yang ketika itu berusia 14 tahun bersama adiknya Muhammad Aziq Aiman berusaha mencari maklumat mengenai kanser payudara dan mereka menemui laman web Majlis Kanser Nasional (MAKNA) yang menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

Daripada situ, sedikit demi sedikit Zuraida menyelami, memahami mengenai kanser payudara daripada segi panduan, pemakanan dan rawatan diperlukan. Walaupun doktor mencadangkan supaya pembedahan membuang payudara perlu dilakukan segera, suami tidak bersetuju dan meminta doktor membuang bahagian ketumbuhan saja.

Dalam pada itu, disebabkan sel kanser sangat aktif ia sudah memasuki peringkat ketiga. Menceritakan lebih lanjut bagaimana boleh mengesan penyakit yang menjadi pembunuh utama wanita itu, ibu kepada lima anak ini memberitahu pada mulanya dia mengalami resdung yang teruk sehingga mendapat tiroid.

Puas menjalani rawatan alternatif dan moden dengan mengambil pelbagai ubat menyebabkan berat badan Zuraida turun mendadak. Dia menjangkakan itu adalah permulaan kepada penyakit kencing manis.

“Suatu hari, apabila payudara kanan mengalami kesakitan dan berdenyut-denyut menyebabkan timbul rasa takut. Apabila dipegang seakan-akan ada benjolan kecil dan rasa sakit apabila ditekan. Bertemankan suami, saya pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan doktor meminta saya menjalani mamogram di sebuah klinik di Ampang.

“Oleh kerana keputusan diterima kurang jelas, saya diminta menjalani pemeriksaan biopsi iaitu dengan cara mengambil sedikit cebisan sel daripada payudara untuk dibuat ujian,” katanya yang mendapat keputusan sehari selepas itu.

Walaupun suami Mohd Faizal mengetahui lebih awal, dia merahsiakan dulu kerana ingin mencari masa sesuai menjelaskannya. Namun Zuraida bersedia menerima apa juga berita kerana sudah menjangka ada sesuatu yang tidak kena berdasarkan pemeriksaan awal. Cuma perasaan sangsi dan penafian masih ada dan mengharapkan supaya ada keajaiban daripada Allah menghindarkan penyakit yang sangat digeruni itu.

Wanita mana yang kuat untuk menerima ketentuan takdir tambahan pula apabila ia membabitkan anggota yang menjadi kebanggaan dan nilai kewanitaan sebenar. Mujur suami banyak membantu dan sentiasa berada di sisi.

Dia memberikan kata-kata semangat setiap detik sehinggakan Zuraida merasakan dia tidak berseorangan. Suami juga meminta supaya pembedahan pembuangan keseluruhan payudara tidak dijalankan sebaliknya hanya membabitkan bahagian ketumbuhan kerana dia yakin masih ada penyelesaian menerusi kaedah alternatif.

Suami juga mencari jalan supaya Zuraida sentiasa ceria dengan membawa mereka bercuti pada setiap minggu walaupun hanya di kawasan air terjun berdekatan.

“Memang ini sangat membantu kerana mendengar derai tawa anak-anak, suami yang berbicara mengenai hal semasa membuatkan saya terlupa dilanda kesakitan. Ini membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan tidak terlalu memikirkan mengenainya. Tambahan pula doktor meminta supaya saya menjalani kehidupan sihat, tidak murung dan bersedih kerana ia akan memburukkan keadaan,” katanya.

Daripada pemerhatian, pencarian di Internet sehingga suatu hari Zuraida menonton rancangan Halal Bio yang membicarakan mengenai kebaikan aprikot bersama suaminya.

Selepas membaca khasiat tumbuhan serta pengalaman mereka yang sudah mengamalkannya, tanpa membuang masa Faizal mendapatkan biji aprikot mentah yang dijual di kedai. Sebelum ini bukan Zuraida tidak mencari ubat-ubatan yang mampu menghalang pertumbuhan sel kanser namun harganya terlalu mahal sehinggakan dia dan suami tidak mampu mengambilnya secara berulang.


Biji Aprikot Sangat Ajaib!

Biji aprikot yang diperoleh ini dimakan secara rutin iaitu 15 biji setiap empat jam. Walaupun rasanya kurang enak serta baunya yang agak meloyakan, Zuraida menggagahkan diri untuk mengambil secara berkala kerana merasakan ini cara dia dapat mematikan terus sel kanser yang ada dalam badannya. Namun timbul pula tekanan apabila dia menjadi kurang bermaya, tertekan disebabkan tidak cukup tidur kerana perlu mengambil biji aprikot dalam waktu ditetap­kan.




“Lantas saya dan suami mengambil keputusan untuk mengolah biji aprikot supaya menjadi pil atau kapsul yang mudah dan senang dimakan,” ceritanya.

Lebih meyakinkan, pada 1972 sudah ada kajian daripada Universiti Johns Hopkins mengenai biji aprikot dan keberkesanan mencegah sel kanser yang dijalankan terhadap sekumpulan tikus. Terbukti vitamin B17 yang banyak terdapat dalam biji aprikot membantu mencegah sel kanser, malah vitamin ini turut diperoleh daripada buah-buahan lain seperti epal dan anggur namun nilainya sangat sedikit berbanding aprikot.

“Kajian ini sudah cukup meyakinkan saya mengenai produk yang diambil. Apatah lagi selepas menjalani rawatan kemoterapi dengan dos ubatan-ubatan terlalu tinggi kesan daripada rawatan menyebabkan rambut gugur, kuku tercabut, panas melampau serta rasa mual dan loya berpanjangan.

“Namun saya dapati badan cepat pulih dan kembali sihat dalam masa lima hari selepas kemoterapi. Malah rambut juga tidak gugur seteruk yang disangka. Saya mampu menjalani kehidupan sama seperti insan normal lain,” katanya yang turut menjalani radioterapi selepas berehat selama sebulan.

Selepas bercuti enam bulan, Zuraida sudah mampu bekerja semula sehingga dia menjalani rawatan susulan dan disahkan bebas kanser sepenuhnya. Dia juga jarang mendapat penyakit dan tiga tahun tidak pernah mengambil cuti sakit.

Daripada situ juga Zuraida mula memahami mengenai pemakanan dan pentingnya menjalani kehidupan sihat, bebas tekanan dan berfikiran positif. Lebih penting sokongan positif keluarga terutama suami sangat membantu bukan saja memulihkan psikologi, tetapi juga menguatkan keyakinan untuk terus hidup dalam keadaan meyakinkan.

Produk B17 daripada biji aprikot yang dikeluarkan ini juga sebagai satu cara berkongsi maklumat dengan mereka yang ingin menggunakan kedua-dua kaedah rawatan moden dan alternatif pada harga yang tidak membebankan.


Jika anda mempunyai sebarang persoalan, 

ingin mendapatkan MAS B17 atau 

ingin menjadi Pengedar MAS, sila hubungi Pengedar MAS


HUBUNGI: SMS/WHATSAPP: 013-7446292

Artikel Harian Metro | BIJI APRIKOT VS Kanser Payudara Artikel Harian Metro | BIJI APRIKOT VS Kanser Payudara Reviewed by Aynora Nur on 5:13 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.