Kasihku Arina - Mazni Aznita

Novel setebal hampir 800m/s ini mengisahkan perihal Arina yg di bawa lari ke Bumi, tatkala Drutasia di serang oleh Kreuk...Arina yg telah di didik oleh Kreuk sebagai pembunuh di selamatkan oleh gerero2 seperti Alwiz, Night (Abg Arina) & Nakhael...

Secara jujurnya, berbelah bagi antara 3 bintang & 4 bintang, di sebabkan plot cerita novel ini hampir menyerupai "The Untold Story" tp "Kasihku Arina" lebih baik dr novel tersebut...bila aku terperasan kesamaan tersebut, mood membaca agak jatuh sedikit, apatah lagi flashback pada Bab 41 hingga Bab 56, agak terlalu panjang tatkala penulis ingin menceritakan kenapa si Arina tu boleh di hantar ke Bumi...banyak betul plot dalam tu, cinta, dendam, persahabatan...menariknya bila terdapat catfight antara Emma vs Arina pd penghujung Bab 56...5 Bab terakhir, aku terbayang2 "alangkah menariknya jika novel ini dlm bentuk layar"...

& aku akui setelah 2 buah novel drpd penulis ini aku baca...terdapat pelbagai watak yg di tonjolkan oleh penulis sehingga buat pembaca seperti aku sedikit keliru...malahan di sebalik flashback yg di ceritakan terdapat lagi flashback yg kita sendiri tak jangka...fuhhh pening siottt!!! sehingga aku pun tak pasti perihal Kedd yg di bunuh oleh Arina telah di ceritakan oleh penulis @ tidak...hahah...& aku rasa sedikit pelik tatkala gerero memanggil gelaran mak cik kpd Ratu Tiamar...

& yang pasti, novel ini ada sambungan tatkala jemari aku tertekan blog penulis ni dengan kisah Arina 2...lagipun Ketsu, anak kepada Profesor Darma berhajat untuk membalas dendam atas kematian ayahnya, & watak Audra guru kepada Emma mungkin akan memainkan peranan penting pada novel akan datang...mungkin!!! - Review Fadzli Jamaludin
RM 20.00 Add to Cart
Quantity: AVAILABLE
Kasihku Arina - Mazni Aznita Kasihku Arina - Mazni Aznita Reviewed by aynora nur on 8:24 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.