Kombo Selamat Tinggal Terfaktab - Bookcafe

        
Antara buku dalam pakej ini;

3. Kitab Terfaktab: Definisi Cinta Infiniti (RM18.00)
Definisikan cinta dalam satu perkataan?
Terlalu banyak definisinya dan pelbagai tafsirannya sehingga tidak cukup dengan satu perkataan. Cinta lebih awal wujud dari politik, lebih bernilai dari wang ringgit, dan lebih rumit dari hokum sains.
Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti merupakan sebuah kitab pertama yang bukan sahaja ditulis oleh penulis-penulis berpengalaman dalam percintaan, malah ia terhasil dari pelbagai alternatif fikiran yang takkan pernah anda sangka. Ini adalah sebuah kitab yang mengandungi segala definisi cinta yang infiniti.

4. September (RM20.00)
Memori itulah yang melahirkan realiti sekarang.
Inilah realiti. Lihat kakiku, aku tidak terbang kan?

Aku berpijak di bumi nyata. Ini bukan main-main.
Memori penjajah.

Realiti diktator.
Generasi mereka kejam.
Aku cuba perjelaskan rindu.
Tapi, ia tetap tidak akan sama dengan rasa yang sebenar-benarnya yang dirasakan dalam hati.
Ya, September tak akan pernah sama.
5. Ogos (RM20.00)
Dia sendiri tidak tahu semuanya ada pada Ogos.
Suka, duka, sayang dan benci jadi sebati.
Ogos mengajar dia tahu akan erti
tulus menghargai
ikhlas menyayangi
penuh menghormati
sabar mengasihi
dan
berani berdiri
Cuma kesal, dia buta akan hal yang satu itu.
Teramat kesal jika mampu masa dipujuk untuk pulang,
tak akan dia siakan.
Mogo Ogos kembali beri senyuman.
Yang penting, keyakinan!

6. Disember (RM20.00)
"Bagaimana ia boleh terjadi dalam sekelip mata. Seperti malam yang hilang ditelan tengahari. Disember sudah di sini sebelum Jun. Bagaimana masa berlalu begitu cepat? - Dr Seuss
Keluhan semalam kau hilangkan. Duka semalam kau buangkan. Marah semalam kau campakkan. Kerana Disember sudah di sini.

7. Kitab Terfaktab: Konotasi Rasa (RM20.00)
Tidak cukup lagi korang terlanjur dengan semua ini?
Perasaan suka, cinta, rindu, kasih, saying, setia, rabak, toleransi, yang membawa kepada pernikahan dan perkahwinan akan memacu halatuju Malaysia yang lebih romantik.
Kitab Terfaktab: Konotasi Rasa adalah kitab yang lebih membincangkan isu perasaan dan idea korang dari kesimpulan mengenai relationship. Kitab keempat ini menjadi titik tolak dan titik akhir cerita perhubungan korang sama ada nak terus, atau nak putus.

8. Kitab Terfaktab: Pasca Gelap (RM25.00)
Cinta itu celaka?
Perkara indah tidak semestinya suci. Apa yang pedih pada mata pemerhati mungkin yang paling indah bagi mereka yang menikmati.
Kitab Terfaktab: Pasca Gelap akan bawa kau ke satu sudut lebih jauh yang dipenuhi dengan kekejaman dan cerita-cerita sengsara supaya minda kau yang koma itu kembali sedar. Kalau kau tak percaya wujudnya kegelapan, maka jangan kau cuba berlagak memeluk kebahagiaan.
          
RM111.00 Add to Cart
Quantity: AVAILABLE
Kombo Selamat Tinggal Terfaktab - Bookcafe Kombo Selamat Tinggal Terfaktab - Bookcafe Reviewed by aynora nur on 11:34 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.